PETALING JAYA – Kecederaan melecur tahap empat merupakan kesan kebakaran paling teruk dan dalam sehingga menjejaskan ketiga-tiga lapisan kulit manusia.
Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di Facebook, selain merosakan lapisan kulit, ia juga berisiko berlakunya kerentungan sehingga otot dan tulang.
“Kulit mangsa akan menjadi kering, garing dan kemungkinan ‘masak’,” katanya.
Tambah PHM, kulit manusia adalah organ penting yang berfungsi menghalang jangkitan dan melindungi cecair dalam tubuh.
Katanya, jika lapisan kulit itu rosak, maka ia membahayakan organ dalaman lain dan memberi kesan kesakitan yang sangat kuat. – KOSMO! ONLINE