fbpx

Media sosial Mia Sara kena godam, scammer curi identiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mia mendedahkan media sosial miliknya digodam individu tidak bertanggungjawab.

PETALING JAYA – Media sosial digodam, pelakon Mia Sara mendedahkan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan foto dan namanya untuk melakukan kegiatan penipuan atau scam.

Ujar Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha, 18, pihak berkenaan terlebih dahulu menggodam e-mel sebelum bertindak memperdayakan mangsa menggunakan identiti dengan menyamar sebagai dirinya.

“Baru-baru ini saya kena scam, saya tak boleh nak akses e-mel, Twitter, Telegram dan YouTube.

“Sebab dia (scammer) ambil e-mel saya jadi dia gunakan sosial media saya untuk scam orang lain.

“Sampai sekarang, saya memang tak dapat akses lagi,” katanya menerusi video dalam TikTok.

Enggan khalayak terus diperdaya, Mia meminta orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah tertipu sekiranya menerima mesej peribadi menerusi akaun media sosialnya.

Tangkap layar Mia Sara yang menasihatkan agar orang ramai tidak terpedaya dengan taktik jahat scammer. – INSTAGRAM.

Pelakon filem Nur Kasih The Movie itu juga sempat berkongsi beberapa tangkap layar mesej perbualan beberapa individu yang menjadi mangsa scammer berkenaan.

“Mana-mana pihak yang dapat notis atau mesej daripada Twitter dan Telegram. Saya pun tak pakai Telegram dan kalau ada orang kata saya buka kelas ke apa, itu bukan saya.

“Itu orang lain yang guna nama dan muka saya,” tuturnya.

Perkara berlaku di luar kawalan, Mia memohon maaf kepada mangsa-mangsa terlibat dan berharap kesemua mereka membuat laporan polis.

“Saya terima aduan dari beberapa orang yang kena scam sehingga mencecah RM600 dan RM900, saya harap semua faham ini luar kawalan saya.

“Saya juga akan buat laporan polis agar orang lain tidak tertipu selain harap orang ramai juga berhati-hati kerana dalam telefon senang orang nak tipu dan curi duit,” kongsinya.

Kes scammer membabitkan artis bukan kali pertama, sebelum ini penyanyi Sarah Suhairi juga berdepan isu sama apabila ada individu menggunakan gambarnya dan menawarkan khidmat ‘sugar mummy’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI