fbpx

Lelaki OKU maut dengan kaki, tangan berikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular di lokasi kejadian rumah lelaki OKU yang ditemui maut di Guar Perahu, Bukit Mertajam, hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) ditemui maut dipercayai dalam keadaan kedua-dua kaki dan tangannya berikat di rumah keluarganya di Guar Perahu, Bukit Mertajam, di sini hari ini.

Mangsa disahkan maut oleh pegawai kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.

Difahamkan, berlaku kejadian pecah masuk di kediaman yang dihuni tiga beranak itu ketika mereka sedang nyenyak tidur kira-kira pukul 3 pagi dan suspek dipercayai hanya sempat mengambil sebuah televisyen.

Mangsa dikatakan tidur di sebuah bilik berasingan dan kejadian disedari oleh bapanya yang juga warga emas sebelum menghubungi pihak polis.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar lokasi kejadian tersebut di media sosial dan turut mendapatkan kecaman oleh netizen selain ada yang mendakwa mengenali mangsa terbabit.

Pengguna media sosial menggesa suspek dibawa kemuka pengadilan dan mendapat hukuman yang setimpal atas perbuatan yang dilakukan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI