fbpx

Laporan awal nahas helikopter TLDM diketahui esok – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah sebuah helikopter milik TLDM yang terhempas di Lumut, Perak, 23 April lalu.

PUTRAJAYA – Laporan awal berhubung tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 nyawa di Lumut, Perak pada 23 April lalu akan didedahkan kepada umum esok.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, laporan itu akan dibentangkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, Menteri Pertahanan dalam mesyuarat Kabinet hari ini memberikan maklum balas mengenai status laporan awal siasatan nahas tersebut.

“Beliau (Menteri Pertahanan) memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa laporan awal akan diterbitkan esok. Ia hanya laporan awal, belum lagi laporan keseluruhan (penuh),” katanya

Menurut beliau, laporan penuh nahas tersebut dijangka siap dalam tempoh dua hingga tiga minggu akan datang.

Dalam insiden menyayat hati itu, seramai tujuh kru dan tiga penumpang maut selepas dua helikopter bertembung ketika latihan sempena Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 di Lumut.

Dua helikopter terlibat adalah HOM-AW139 dan Fennec yang berlepas dari Padang Sitiawan.

Berdasarkan video yang tersebar, kedua-dua helikopter itu bertembung ketika mahu membentuk formasi sebelum hilang kawalan dan terhempas.

Mangsa yang maut ialah Komander Muhamad Amir Mohamad, Leftenan T. Sivasutan, Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi, Komander Muhammad Firdaus Ramli, Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun, Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna, Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy dan Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI