fbpx

Kesederhanaan mesti meliputi semua agama – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) beramah mesra bersama para ulama di majlis penutup Persidangan Majlis Ulama Asia 2024 di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, hari ini.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa aspek kesederhanaan tidak boleh hanya ditumpukan terhadap umat Islam, tetapi mesti meliputi semua agama.

Menurut beliau, semua agama mesti ada pendekatan kesederhanaan yang sama kerana ia suatu perkara yang tidak boleh dikompromi.

“Dalam hal ini juga, Liga Dunia Muslim (MWL) mahu menyatukan tindakan-tindakan seluruh umat Islam supaya tindakan kesederhanaan ini dilakukan tanpa mengira batas waktu dan sempadan negara.

“Ia mesti dilakukan sebagai satu perkara penting bagi menangani gambaran konon Islam mempromosikan ekstremisme,” katanya pada sidang media sempena majlis penutup Persidangan Majlis Ulama Asia 2024, di ibu negara hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung MWL dan Pengerusi Pertubuhan Ulama Islam, Sheikh Dr Mohammed Abdulkarim Al-Issa.

Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, Majlis Ulama Asia memainkan peranan penting dalam menggalakkan kesederhanaan dengan menawarkan tafsiran yang seimbang terhadap teks agama.

Tambah beliau, Majlis Ulama Asia memperjuangkan toleransi dan membimbing orang ramai untuk mengelakkan ekstremisme sambil menekankan keseimbangan rohani.

Ujar beliau, Majlis Ulama Asia juga secara aktif menentang ideologi ekstremis dan memupuk perpaduan sosial melalui dialog dan kerjasama dalam kalangan pelbagai kumpulan.

“Di Malaysia, kami komited untuk membangunkan Malaysia Madani, memastikan kestabilan melalui nilai dan perpaduan dalam kalangan masyarakat kita yang pelbagai, berdasarkan kemampanan, belas kasihan, rasa hormat, inovasi, kemakmuran dan kepercayaan.

“Nilai-nilai ini bukan hanya untuk rakyat Malaysia, ia aspirasi sejagat untuk keamanan dan keharmonian. Perpaduan antara negara harus melangkaui sempadan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI