fbpx

Kelab Bola Sepak DNA Faisal Halim anjur majlis doa selamat, bacaan Yasin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelab Bolasepak DNA Faisal Halim menganjurkan Majlis Doa Selamat dan Bacaan Yasin di Mengkuang Titi, malam ini.

GEORGE TOWN – Kelab Bola Sepak DNA Faisal Halim menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat buat pemain skuad Harimau Malaya itu bertempat di Dewan Homestay Mengkuang Titi, Bukit Mertajam dekat sini malam ini.

Timbalan Presidennya, Shafiee Abdull Rahim berkata, majlis anjuran kelab yang ditubuhkan oleh Faisal itu akan diadakan secara fizikal dan secara dalam talian bermula pada pukul 9 malam ini.

“Kami terdiri daripada penduduk kampung Mengkuang Titi mengharapkan keajaiban daripada Allah untuk Pai (nama panggilan Faisal) untuk kembali sembuh dan dapat meneruskan semula kariernya yang digilap sejak kecil.

“Harap si pelaku segera dibawa ke muka pengadilan dan mendapat hukuman setimpal atas perbuatan yang disifatkan amat kejam,” katanya hari ini.

Shafiee yang juga kenalan Faisal memberitahu, dianggarkan seramai 150 penduduk termasuk barisan kepimpinan kelab akan hadir pada majlis tersebut malam ini.

“Pai yang digelar ‘Family Man’ dalam kalangan penduduk selalu membantu golongan memerlukan termasuk dalam pembangunan bola sepak di kawasan ini. Dia hormat semua orang tidak kira usia dan tidak sombong,” ujarnya.

Kelab Bolasepak DNA Faisal Halim ditubuhkan secara rasmi pada Sabtu lalu dan dikendalikan sendiri oleh bapanya, Halim Saad.

Sebelum ini Kosmo! Online melaporkan Faisal memohon doa rakyat Malaysia sebelum menjalani pembedahan kedua di sebuah hospital swasta di Shah Alam petang semalam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI