fbpx

Kalau Marissa baik dengan saya, dia tak sekat komen – Madu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Misya memaklumkan bahawa hubungannya dengan Madu, Marissa tidak begitu baik.

PETALING JAYA – “Tidak bermusuh, ada jarak.”

Demikian yang dikongsi pempengaruh media sosial, Misya Mazlan bagi menjelaskan status hubungan bersama madunya, Marissa Dania Hakim ketika ini.

Kata Misya, 25, meskipun tidak bermusuh, mereka berdua juga tidak saling berhubung bagi memaklumkan tentang kehidupan masing-masing.

“Saya tak bermusuh pun dengan dia sekarang cuma ada gap (jarak).

“Kami buat hal masing masing dan tidak ‘update’ pun pasal kehidupan satu sama lain,” katanya dalam siaran langsung TikTok semalam.

Ujar Misya, hubungannya dengan Marissa bukan dalam fasa yang baik ketika ini meskipun masing-masing saling berkongsi suami iaitu Ahmad Aslam.

“Saya pernah berbaik dengan dia. Ketika ini, kami nak kata berkawan pun tidak, musuh juga tidak.

“Anda juga boleh fikir kalau dia baik dengan saya, tak mungkinlah dia ‘block’ (sekat) semua komen tentang saya dalam akaun media sosial dia,” katanya lagi.

Terdahulu, nama Marissa sehingga hari ini menjadi bualan ramai disebabkan kahwin dengan Ahmad Aslam tanpa pengetahuan keluarga di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.

Bukan sahaja keluarga, pernikahan mereka berlangsung ketika Misya sedang menunaikan umrah.

Namun kemelut itu berakhir selepas Aslam tampil bertemu dengan keluarga mentuanya awal Aidilfitri lalu bahkan Abby juga sudah reda menerima ketentuan takdir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI