SINGAPURA – Sebuah jet pejuang F-16 milik Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) terhempas di Pangkalan Udara Tengah sejurus berlepas pada petang ini, lapor saluran berita Channel News Asia tadi.
Menurut Kementerian Pertahanan, jet itu mengalami masalah ketika ia berlepas sekitar pukul 12.35 tengah hari (waktu tempatan).
“Juruterbang berjaya menyelamatkan diri sebelum jet berkenaan terhempas di Pangkalan Udara Tengah.
“Juruterbang berada dalam keadaan sedar dan dapat berjalan. Dia sedang menerima rawatan perubatan dan tiada kakitangan lain yang cedera,” kata kementerian berkenaan.
Tambahnya, siasatan masih dijalankan berhubung punca kejadian serta akan memberikan kemas kini lanjut berhubung kejadian itu.
Singapura mengendalikan pesawat F-16 tersebut selama lebih 30 tahun. – AGENSI