fbpx

Isteri ‘belasah’ suami sambil gendong anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - TRIBUNNEWS

JAKARTA – Seorang isteri di Selopampang, wilayah Jawa Tengah mencekik suaminya sehingga hampir pengsan ketika mereka bertengkar, lapor laman berita Kompas semalam.

Perbuatan itu dilakukan di luar rumah pasangan berkenaan di Kampung Gambasan.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh akaun @kejadiantemanggung di platform Instagram, penduduk tempatan dilihat cuba meleraikan si isteri yang mencekik suaminya.

“Saya nampak si isteri mencekik suami sambil menggendong bayi. Namun, suaminya tidak membalas,” kata salah seorang saksi.

“Lama-kelamaan mereka bergaduh di luar rumah. Si suami tidak pengsan tapi kelihatan lemah akibat daripada keganasan itu,” kata saksi lain.

Siasatan mengenai kejadian masih sedang dijalankan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI