fbpx

Gelombang haba di Pasir Mas, Gua Musang, Tanah Merah dan K. Krai hingga Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Empat daerah, Pasir Mas, Tanah Merah, Gua Musang dan Kuala Krai di Kelantan dijangka menghadapi gelombang haba mencecah 40 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut sehingga Jumaat ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya memberitahu, cuaca panas di Kelantan itu pula dijangka melibatkan Jeli, Kota Bharu dan Pasir Putih yang berada pada tahap berjaga-jaga.

“Selain itu, amaran suhu panas mencecah 37 darjah Celsius juga dijangka di Pantai Timur Semenanjung iaitu di Terengganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu) dan Pahang (Temerloh, Raub dan Rompin).

“Cuaca panas yang sama turut melibatkan bahagian pantai Barat di Perak (Hulu Perak dan daerah Utara Kedah (Baling),” ujarnya.

Bagaimanapun, keadaan cuaca cerah dan baik hampir kesemua negeri Semenanjung sehingga tengah hari nanti.

Sementara itu, hujan lebat dan ribut petir dijangka melibatkan di beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Utara Johor dan Pedalaman negeri Pahang dan Terengganu pada petang ini.

“Cuaca buruk sama juga berlaku di bahagian Selatan dan Tengah negeri Sarawak dan Sabah di pantai Barat Pedalaman Sandakan dan Tawau pada sebelah petang ini,” katanya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI