fbpx

Cari segera dalang simbah asid Faisal Halim – Afdlin Shauki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Afdlin menggesa agar pelaku jenayah simbah asid Faisal Halim segera diberkas pihak berkuasa demi mengelakkan panik dalam kalangan masyarakat.

PETALING JAYA – Pengarah Datuk Afdlin Shauki berharap agar pihak polis segera menjejaki dalang sebenar di sebalik kes simbah asid pemain Harimau Malaya, Faisal Halim yang mengejutkan ramai baru-baru ini.

Kata Afdlin, insiden ngeri itu juga secara tidak langsung mempengaruhi emosi masyarakat selain mampu mencetuskan kebimbangan terhadap orang awam memandangkan kejadian berkenaan berlaku di sebuah pusat beli-belah.

“Sekiranya berjaya menahan pelaku tersebut, pihak berkuasa perlu siasat individu yang berada di belakang mereka. Ini kerana, untuk mendapatkan asid tersebut juga bukan satu hal mudah, jadi pasti ada individu yang berperanan penting berada di belakang mereka.

“Apabila perkara sebegini berlaku, membuatkan kita berfikir tentang keselamatan kita sebagai orang awam. Adakah ini satu kehidupan baharu yang kita kena hadapi.

“Sekiranya ada individu yang berasa tidak puas hati, mereka terus melakukan serangan seperti simbah asid dan sebagainya. Saya tidak mahu Malaysia menjadi negara sebegini.

“Sekiranya ada masalah, kita berbincang dan kalau kita betul tidak suka, pilih cara bertolak ansur,” katanya kepada Kosmo Online pada tayangan perdana filem Ngesot.

Pengarah filem Buli Balik itu turut meluahkan rasa simpati dan terkilan terhadap nasib yang menimpa pemain penyarang Selangor FC itu.

“Memang ada niat untuk menziarah di hospital, tetapi kami dinasihatkan agar memberi ruang kepada Faisal selesai jalani pembedahan dan rawatan kerana dia kini ditempat di unit rawatan rapi (ICU).

“Kalau boleh marilah kita bersama mendoakan kesejahteraan beliau kerana Faisal ini bukan siapa-siapa. Dia adalah pemain bola sepak skuad kebangsaan yang menjadi kebanggaan kita,” katanya.

Dalam pada itu, Afdlin, 53, berterima kasih kepada Faisal kerana sempat meluangkan masa menjalani penggambaran bersamanya.

“Faisal akan muncul dalam satu babak dalam filem itu nanti. Awalnya kami sukar untuk mendapatkan wakil pemain kebangsaan kerana jadual latihan dan perlawanan yang padat. Tetapi, saya bersyukur kerana Faisal sanggup luangkan masa untuk terlibat dalam filem ini,” ujarnya.

Filem tersebut mengisahkan konflik dalaman Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selain menyentuh soal pengurusan, perspektif Ultras, jurulatih Kim Pan-Gon dan sudut pandang pemain.

Antara pelakon dalam filem tersebut ialah Syafiq Kyle, Aidil Aziz, Sophia Albarakbah, Tony Eusoff, Namron dan Kevin Jay. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI