fbpx

Banyak pokok tumbang di N. Sembilan atas tanah persendirian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
J. ARUL Kumar ketika menjawab soalan pada sesi pertanyaan lisan hari ketiga Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kedua, DUN Negeri Sembilan Yang Ke-15 di Seremban hari ini.

SEREMBAN – Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini telah diarah untuk mengenal pasti semua pokok yang berbahaya dan berisiko tumbang termasuklah yang berada di atas kawasan tanah persendirian.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J. Arul Kumar berkata, kebanyakan kemalangan disebabkan pokok yang berlaku sebelum ini termasuk di beberapa kawasan di Seremban adalah berpunca daripada pokok yang berada di kawasan tanah tersebut.

“Memang betul kes berlaku libatkan tanah persendirian, saya telah minta PBT, jIka ada pokok berisiko di tepi jalan utama dan di kawasan perumahan yang memang ada tanah persendirian di sebelah itu, perlu kita kenal pasti dan kita akan hantar notis kepada pemilik-pemilik tanah tersebut supaya tindakan diambil

“Kalau mereka tidak ambil tindakan, kita akan kaji bagaimana untuk kita dapat ambil tindakan undang-undang terhadap pemilik-pemilik tersebut. Saya telah minta PBT untuk kenal pasti sebelum berlaku apa-apa pada masa akan datang,” katanya pada Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-15 di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan mencelah Kamarol Ridzuan Mohd. Zain (PN-Paroi) yang ingin mengetahui apakah tindakan oleh kerajaan negeri terhadap pokok-pokok berisiko yang berada di kawasan tanah persendirian.

-tamat-

J. ARUL Kumar ketika menjawab soalan pada sesi pertanyaan lisan hari ketiga Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kedua, DUN Negeri Sembilan Yang Ke-15 di Seremban hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI