fbpx

Balutan kepala Faisal Halim sudah dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal dan Dr Muhammad Hazwan (gambar kecil).

SHAH ALAM – Pemain Harimau Malaya, Faisal Halim sudah melepasi fasa pertama rawatan apabila balutan di kepalanya sudah ditanggalkan bagi proses seterusnya.

Walau bagaimanapun, pemain itu masih lagi berada dalam pemantauan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta dan belum boleh terdedah kepada orang ramai bagi mengelak sebarang jangkitan kuman sehingga menyulitkan proses pemulihan.

Ketua Perubatan Sukan Selangor FC, Dr Muhammad Hazwan Khair berkata, berdasarkan pemantauan, kulit badan Faisal menunjukkan perubahan ke arah lebih baik berbanding sebelum ini.

“Peringkat pertama, pakar bedah sudah membersihkan bahagian kulit. (Pembedahan) Kali kedua lebih positif sebab itu kita boleh masuk ke peringkat berikutnya (membuka balutan),” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar dilaporkan berkata, keadaan Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey bertambah baik dan sudah boleh menjamah makanan.

Paling mengujakan Faisal juga dilihat semakin bersemangat dan mula menunjukkan kemahuan untuk menyertai latihan bola sepak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI