fbpx

Anwar adakan pertemuan dengan mufti India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersama Syeikh Abu Bakar Ahmad.

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkesempatan menyantuni Mufti India, Syeikh Abu Bakar Ahmad bersama delegasi daripada Jami’ah Markaz, India.

Jelas Perdana Menteri itu di laman sosialnya, kedatangan Syeikh Abu Bakar Ahmad juga adalah bersempena Persidangan Antarabangsa Pemimpin Agama 2024 yang berlangsung di Malaysia.

“Saya hargai nasihat serta titipan hikmah yang dikongsikan oleh Syeikh Abu Bakar Ahmad dalam pertemuan ini. Saya juga ingin zahirkan ucapan terima kasih atas doa dan harapan Syeikh kepada Malaysia,” kata Anwar.

Tambah Anwar, mereka berdua turut mengadakan perbincangan mengenai rancangan mengadakan program mengenai Hadis Sahih Al-Bukhari yang boleh memberi manfaat luas kepada pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia kelak.

“Saya mendoakan kesihatan dan keselamatan kepada Syeikh Abu Bakar Ahmad serta seluruh delegasi di sepanjang keberadaan mereka di Malaysia dan perjalanan pulang ke India,” ujar Perdana Menteri. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI