fbpx

‘Ambil nyawa’ isteri selepas tidak mahu bayar bil dialisis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wigs mengaku membunuh isterinya kerana enggan membayar bil perubatan. - INDEPENDENCE POLICE DEPARTMENT

WASHINGTON – Seorang warga emas dari Missouri, Amerika Syarikat diberkas selepas mengaku membunuh isterinya yang terlantar di hospital, kerana enggan membayar bil perubatan mangsa, lapor akhbar New York Post semalam. 

Suspek yang dikenali Ronnie Wigs, didakwa menekup mulut isterinya yang terbaring di atas katil sebelum mencekiknya hingga mati, demikian menurut dokumen mahkamah yang diperoleh saluran berita FOX4. 

Mangsa yang tidak disebutkan nama dalam dokumen berkenaan, dimasukkan ke wad Pusat Perubatan Centerpoint untuk melakukan rawatan dialisis pada malam Jumaat lalu.

Apabila pegawai tiba di tempat kejadian, mangsa ditemui di atas katil tanpa nadi, manakala saksi melaporkan dia mempunyai kesan mencurigakan pada lehernya. 

Pada awalnya, pelaku melarikan diri dari hospital, namun dia kembali dan membuat pengakuan. 

“Saya melakukannya, saya membunuhnya, saya mencekiknya,” kata suspek.

Lelaki itu mendakwa bahawa dia berasa tertekan dan mahu isterinya mati kerana tidak sanggup menampung bil perubatannya lagi. 

Wigs ditahan dengan jaminan sebanyak AS$250,000 (RM1.18 juta). – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI