fbpx

ADUN Sungai Bakap masih di ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Zamri

GEORGE TOWN – Tahap kesihatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff dilaporkan semakin baik.

Sumber terdekat ADUN tersebut berkata, setakat ini Nor Zamri masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya, namun keadaannya stabil.

“YB (Yang Berhormat) masih berehat, dia juga masih di ICU tetapi keadaannya semakin baik. Dia juga berada dalam pemantauan doktor, serta doktor maklumkan keadaannya stabil,” katanya di sini, hari ini.

Minggu lalu, media melaporkan Nor Zamri dirawat ICU Hospital Seberang Jaya kerana mengalami komplikasi pada bahagian perut.

Susulan itu, isteri Nor Zamri, Musalmah Yusop, 50-an berkata, Nor Zamri memerlukan rehat yang secukupnya dan meminta orang ramai mendoakan agar suaminya kembali pulih.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 bagi Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap, Nor Zamri (PN-Pas) memperoleh kemenangan sebanyak 15,433 undian mengalahkan Norhidayah Che Ros (PH-PKR) iaitu 13,870 undi.

Menurut sumber itu lagi, doktor masih belum memberi makluman sama ada Nor Zambri sudah boleh dipindahkan ke wad biasa.

“Itu tak pasti lagi (pindah ke wad). Doktor masih mahu memantau keadaan YB,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI