fbpx

[VIDEO] Pokok tumbang, monorel antara Stesen KL Sentral dan Medan Tuanku tergendala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail hari ini.

PETALING JAYA – Rapid KL memaklumkan terdapat kelewatan tren susulan kejadian pokok tumbang antara stesen Bukit Nanas dan Raja Chulan.

Rapid KL dalam kenyataan berkata, tiada perkhidmatan monorel di antara Stesen KL Sentral dan Medan Tuanku.

“Perkhidmatan alternatif diaktifkan iaitu bas perantara dari KL Sentral ke Medan Tuanku.

“Selain itu turut disediakan tren perantara dari Medan Tuanku ke Titiwangsa (Platform 1),” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, berlaku kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Menerusi beberapa rakaman yang tular di media sosial, pokok tersebut menghempap landasan monorel serta kenderaan yang berada di sekitar lokasi kejadian.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI