fbpx

Tubuh Faisal Halim berbalut, paling teruk tangan kiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang Malaysia Faisal Halim sujud syukur sebaik menjaringkan gol kedua Malaysia pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri baru-baru ini/RAJA JAAFAR ALI

SHAH ALAM – Pemain sensasi Harimau Malaya, Faisal Halim memohon doa daripada rakyat Malaysia sebelum menjalani pembedahan kedua di hospital swasta di Shah Alam petang tadi.

Ucapan tersebut dikirimkan kepada Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar yang hadir hospital untuk melawat Faisal sebentar tadi.

“Saya baru sahaja melawat Faisal. Alhamdulillah dia sedar dan stabil, tapi dia dijadualkan untuk jalani pembedahan kedua kira-kira jam 5.30 petang selepas pembedahan pertama dua hari lalu.

“Jadi kita doakan supaya pembedahan kedua akan berjalan lancar. Saya sempat jumpa Faisal, dia kata doakan dia supaya dia cepat sembuh dan kirim salam kepada kawan-kawan.

“Saya fikir akan ada lagi pembedahan yang seterusnya. Benda ini makan masa, saya difahamkan sekurangnya-kurangnya 10 hari Faisal akan berada di ICU (Unit Rawatan Rapi),” katanya ketika ditemui.

Mengulas lanjut, Shahril mengakui hampir keseluruhan badan Faisal dibalut yang mana kecederaan paling teruk dialami di bahagian tangan kiri.

“Doktor tak bagi tahu spesifik (asid), tapi saya dimaklumkan asid sulfurik yang sangat berbahaya. Jadi kita doakan supaya dia cepat sembuh,” kata Shahril. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI