fbpx

Tindakan simbah asid melampau, zalim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr Zulkifli menegaskan tindakan menyimbah asid kepada pemain bola tempatan sebagai satu perkara yang tidak berperikemanusiaan dan melampau.

PETALING JAYA – Tindakan menyimbah asid kepada pemain bola sepak terkenal, Faisal Halim adalah satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan, melampau dan dianggap zalim.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan, perkara itu tidak sepatutnya dibiarkan berulang lagi.

“Perjuangan atlet negara itu untuk terus berbakti mengharumkan nama pasukan Harimau Malaya masih panjang. Kepada Faisal, setiap apa yang berlaku telah ditentukan dalam takdir-Nya.

“Saya yakin, ada hikmah yang tersembunyi selama kita bersabar, muhasabah dan redha dengan apa yang berlaku, insyaAllah. Saya sayang anda semata-mata kerana Allah,” katanya di akaun Facebook semalam.

Dr. Zulkifli kemudian mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan serta mengirimkan kata-kata semangat buat bintang kelab bola sepak FC Selangor itu.

Mengulas lanjut dalam hantarannya, Dr. Zulkifli turut mengimbas kembali detik-detik kehebatan yang ditonjolkan oleh Faisal.

“Aksi Sang Wira Harimau Malaya, Saudara Faisal Halim, masih segar dalam ingatan saya dengan gol menakjubkan yang telah dijaringkan beliau saat menentang pasukan pilihan utama kejohanan Korea Selatan pada edisi Piala Asia Qatar 2023 yang lalu.

“Mungkin tidak keterlaluan saya katakan, kelincahan menggelecek dan ketajaman penyudahnya mengingatkan generasi seusia saya dengan almarhum Datuk Mokhtar Dahari.

“Sukan wajar kekal hanya sebagai sukan. Persaingan dengan pasukan lawan adalah semata-mata dalam gelanggang. Saat melangkah keluar selepas permainan, segala emosi terlebur dan jadilah kita tetap bersaudara,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan pemain Selangor FC dihampiri dua individu bermotosikal sebelum bertindak menyimbah asid kepadanya.

Faisal kemudian dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dah telah disahkan melecur tahap empat di beberapa bahagian di tubuhnya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI