fbpx

Tiga ahli sindiket penyeludupan diesel rentas negeri direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA ahli sindiket diesel rentas negeri direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122). - foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

MELAKA – Dua penjaga stor warga asing dan seorang pemandu lori tempatan direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan diesel rentas negeri yang dipercayai aktif sejak lebih setahun lalu.

Perintah reman sehingga 9 Mei ini dikeluarkan Majistret Khairunnisak Hassni terhadap tiga suspek lelaki berusia antara 28 dan 34 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

Kesemua suspek tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini kira-kira pukul 12.10 tengah hari dengan diiringi pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Kesemua suspek ditahan dalam satu serbuan di Kawasan Perindustrian Krubong di sini pada pukul 7 petang semalam.

Kosmo! hari ini melaporkan, satu sindiket penyeludupan diesel bersubsidi yang aktif sejak lebih setahun lalu tumpas selepas diserbu penguat kuasa KPDN.

Pasukan serbuan berjaya menahan sebuah lori tangki sarat dengan muatan diesel berjumlah 27,000 liter yang sedang dipercayai ingin membuat penghantaran bahan api bersubsidi itu ke sebuah negeri di Pantai Timur.

Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar berkata, diesel bersubsidi itu dibeli dari stesen minyak di sekitar negeri ini sebelum dikumpulkan di stor penyimpanan yang mempunyai tiga tangki berkapasiti keseluruhan 35,000 liter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI