fbpx

Niat warga emas gandakan RM3.4 juta akhirnya semua melayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Hasrat seorang pemilik kedai barangan hardware untuk menggandakan wang simpanan musnah bahkan mengalami kerugian RM3.4 juta apabila menjadi mangsa penipuan skim simpanan tetap.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis yang dibuat oleh lelaki berusia 62 tahun yang mendakwa menjadi mangsa penipuan skim tersebut, Ahad lalu.

Katanya, dalam laporan itu, mangsa menjelaskan bahawa dia telah didatangi seorang wanita tempatan yang merupakan pengurus sebuah institusi perbankan di Kuala Lumpur yang menawarkan satu skim simpanan tetap dengan kadar faedah yang baik, Januari 2018.

“Tertarik dengan tawaran yang diberikan, mangsa telah membuat bayaran menggunakan 10 keping cek dengan nilai keseluruhan RM3.4 juta yang diserahkan secara serahan tangan kepada suspek di syarikatnya antara April 2019 hingga Mac tahun lalu.

“Menurut mangsa, pada 2020, mangsa pernah menerima faedah atas simpanan sebanyak RM70,000 dan membuatkan mangsa tidak mengesyaki apa-apa serta
terus membuat penambahan simpanan.

“Namun pada awal Januari lalu, apabila mangsa ingin mengeluarkan faedah yang lain, suspek memberikan pelbagai alasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kumar memberitahu, mangsa yang mula rasa curiga telah membuat semakan dengan pihak perbankan berkenaan dan mendapati tiada simpanan tetap atas
nama mangsa dan syarikatnya.

Tambahnya, mangsa turut memaklumkan bahawa semua resit pembayaran yang diberikan oleh suspek adalah palsu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI