fbpx

Pusat Rawatan Madinah sedia pakar perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Para petugas perubatan melakukan persiapan akhir sebelum pembukaan Pusat Rawatan Madinah hari ini.

MADINAH – Pusat Rawatan Madinah yang kini mula beroperasi, menyediakan perkhidmatan pakar untuk jemaah haji yang memerlukan bantuan membabitkan aspek kesihatan.

Pengarah Operasi Madinah (Perubatan), Dr. Mahyin Kudong berkata, antara pakar yang berkhidmat di pusat rawatan tersebut termasuklah pakar bius, pakar kesihatan awam dan pakar dalam bidang yang membabitkan rawatan kecemasan.

“Mereka akan pantau dan kawal selia kesihatan jemaah haji di sana. Sekiranya berlaku sebarang kes kompleks, mereka akan rujuk ke pusat rawatan Madinah zon satu. Di sini kita ada dua pakar kecemasan, seorang pakar kesihatan awam dan seorang pakar bius.

“Pakar bius ini bertanggungjawab membuat pemantauan dan penyeliaan kalau ada jemaah haji kita yang perlu dirujuk ke hospital Arab Saudi,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Dr. Mahyin yang juga Penolong Pengarah Kesihatan Kanan Perlis berkata, pusat rawatan itu turut dilengkapi kemudahan 33 katil termasuk wad pemerhatian kecemasan, wad lelaki dan wad wanita.

Selain itu katanya, pusat rawatan itu juga mempunyai fasiliti untuk perubatan kecemasan, unit X-ray dan unit ujian makmal asas dan perkhidmatan soko­ngan seperti fisioterapi dan pakar pemakanan.

“Kekuatan pasukan perubatan Tabung Haji adalah seramai 53 orang, melibatkan enam doktor pakar, 16 jururawat dan selebihnya pembantu perubatan selain petugas musim haji yang dilantik Tabung Haji,” jelasnya.

Sebagai rekod, seramai 31,600 jemaah haji bakal berlepas secara berperingkat menerusi pe­nerbangan pertama bermula 9 Mei sehingga penerbangan terakhir 9 Jun nanti.

Selain jemaah haji, hampir 600 petugas akan digerakkan ke Tanah Suci tahun ini bagi membantu memudahkan urusan jemaah haji. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI