fbpx

[VIDEO] PRK Kuala Kubu Baharu: Proses undi awal lancar di Maktab PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian anggota polis yang selesai melaksanakan tanggungjawab mengundi awal di Maktab PDRM, Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor, hari ini.

HULU SELANGOR – Proses undian awal melibatkan anggota dan pegawai polis bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu dilihat berjalan dengan lancar dan teratur setakat pukul 8.50 pagi hari ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati proses pengundian yang sistematik di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Kubu Baharu menjadikan masa menunggu untuk anggota dan pegawai melaksanakan tanggungjawab mengundi tidak terlalu lama.

Kira-kira 20 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat pagi ini ditempatkan di kaunter-kaunter pendaftaran bagi membantu atur gerak proses membuang undi.

Kaunter mengundi di Maktab PDRM Kuala Kubu Baharu mula dibuka pukul 8 pagi dan akan ditutup pada 5 petang.

Terdahulu, SPR menetapkan PRK Dewan Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei dengan 27 April sebagai hari penamaan calon.

Hari pengundian awal ditetapkan pada 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

Tempoh berkempen bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 27 April sehingga jam 11.59 malam, 10 Mei. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI