fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: ‘Kempen dijalankan berhemah, ikut undang-undang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sock Tao ketika meninjau proses pengundian awal dan beramah mesra bersama anggota polis di Maktab PDRM, Kuala Kubu Baharu, Selangor hari ini.

HULU SELANGOR – Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao yakin kempen yang dilaksanakan sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu adalah secara berhemah dan berlandaskan undang-undang negara.

Ia bagi mengulas mengenai hasrat Perikatan Nasional (PN) memfailkan petisyen di Mahkamah Pilihan Raya ekoran mendakwa PH menyalahgunakan aset kerajaan dalam PRK Kuala Kubu Baharu.

Ujarnya, fokus yang lebih penting buat dirinya setakat ini adalah untuk memastikan kemenangan PRK Kuala Kubu Baharu berpihak kepada Kerajaan Perpaduan.

“Saya yakin sepanjang tempoh berkempen, PH melaksanakannya secara berhemah dan mengikut undang-undang negara. Pihak pembangkang boleh bersuara apa-apa sahaja.

“Setakat ini fokus saya memastikan kemenangan berpihak Kerajaan Perpaduan. Seterusnya saya akan tengoklah situasi macam mana. Tapi setakat ini saya tegaskan kempen kami (PH) mengikut sisi undang-undang negara,” katanya ketika ditemui pemberita di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kuala Kubu Baharu, di sini hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PN akan mengemukakan petisyen pilihan raya sekiranya PH menang pada PRK Kuala Kubu Baharu 11 Mei ini.

Beliau mendakwa, tindakan tersebut susulan kerajaan telah melakukan salah guna kuasa dan jentera sebelum dan semasa kempen PRK berlangsung.

Dalam pada itu, mengulas mengenai proses pengundian awal yang berlangsung hari ini, Pang berkata, berdasarkan pemerhatiannya di Maktab PDRM Kuala Kubu Baharu, proses dilihat sangat lancar dan teratur.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam dan barisan petugas yang terlibat dalam proses pengundian awal melibatkan 625 anggota polis dan 238 tentera serta pasangan.

“Saya juga menyeru kepada semua warga Kuala Kubu Baharu untuk menunaikan tanggungjawab memilih wakil yang boleh menjamin kesejahteraan rakyat dan kestabilan negeri pada Sabtu ini (11 Mei).

“Selamat hari mengundi semua, semoga proses undi berjalan lancar dan sempurna,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI