fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: 50 peratus anggota tentera, pasangan selesai mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

HULU SELANGOR – Kira-kira 50 peratus daripada 155 anggota tentera termasuk pasangan selesai menunaikan tanggungjawab mengundi awal sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, setakat pukul 9.30 pagi ini.

Peratusan itu dimaklumkan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melibatkan pusat mengundi awal di Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri, Kem Erskine, Kuala Kubu Baharu.

Dalam tinjauan Kosmo! di sini, proses undi awal yang berlangsung bermula pukul 8 pagi tadi berjalan dalam suasana harmoni.

Sementara itu, calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao dan calon Perikatan Nasional (PN) Khairul Azhari Saut dilihat turut hadir di sini sekitar pukul 9.40 pagi bagi meninjau proses pengundian awal.

Untuk rekod, jumlah keseluruhan anggota tentera dan pasangan yang mengundi adalah seramai 238 orang melibatkan 155 undi awal manakala 83 undi pos.

PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan Sock Tao, Khairul Azhari serta calon Parti Rakyat Malaysia, Hafizah Zainudin dan calon Bebas, Nyau Ke Xin.

Sebelum ini, SPR menetapkan hari mengundi PRK DUN itu pada 11 Mei ini melibatkan 40,226 pengundi berdaftar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI