fbpx

Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia kejutkan New Zealand 6-4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Hoki Malaysia Silverius Shello (kanan) diasak pemain hoki New Zealand, Culhane Benjamin pada kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30 di Stadium Azlan Shah di Ipoh hari ini.FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

IPOH – Malaysia menumpaskan New Zealand 6-4 di Stadium Azlan Shah sebentar tadi untuk menghidupkan peluangnya merebut dua tempat teratas mara ke perlawanan akhir Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) Edisi ke-30.

Begitupun sebarang peluang Malaysia kini bergantung kepada keputusan pertemuannya dengan Jepun, esok dan Korea Selatan pada Jumaat ini.

Dalam perlawanan sebentar tadi anak buah, Sarjit Singh mempamer persembahan diluar jangkaan untuk mengatasi pasukan ranking ke-10 dunia itu yang akan beraksi di Olimpik Paris, Julai nanti.

Malaysia mendahului 4-0 di suku pertama sebelum pasukan negaran kiwi itu merapatkan jurang 4-2 pada separuh pertama.

Sementara itu, Pakistan dan Jepun mengekalkan rekod tanpa kalah masing-masing apabila seri 1-1.

Terdahulu, Korea mengatasi Kanada 1-0 untuk meraih kemenangan pertama mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI