SINGAPURA – Seorang wanita terkejut apabila menemui seekor ulat bulu yang masih hidup dalam nasi ayam yang dibeli dari sebuah kedai di medan selera Jurong, Singapura, lapor laman berita AsiaOne semalam.
Pembeli yang dikenali sebagai Ira Maya menulis penemuannya itu dalam kumpulan komuniti aduan, Complaint Singapore semalam.
Dia menulis: “Saya sedang memberi makan nasi ayam kepada anak kecil saya, membelek timun dan menemui seekor ulat bulu. Ia hidup dan bergerak!”
Ira turut memuat naik video berdurasi tujuh saat yang menunjukkan ulat itu bergerak di sebalik hirisan ayam dan timun.
Wanita itu akhirnya berjaya mendapatkan semula wangnya dan permohonan maaf daripada kedai tersebut berhubung ‘hidangan serangga’ itu. – AGENSI