fbpx

Mengenang Hail Amir, suasana hiba selubungi Masjid Ukay Perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana hiba menyelubungi suasana Masjid Ukay Perdana ketika upacara solat jenazah seniman tanah air, Allahyahram Hail Amir. - SYAKIR RADIN

AMPANG – Langit mendung umpamanya membayangkan suasana hiba yang menyelubungi pekarangan Masjid Ukay Perdana sebaik jenazah penyanyi legenda tanah air, Allahyarham Datuk Hail Amir dimandikan sekitar pukul 8.30 pagi tadi.

Difahamkan, solat jenazah akan disempurnakan pada pukul 10.30 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, sekitar pukul 11 pagi ini.

Ahli keluarga serta rakan terdekat juga setia mendampingi jenazah Allahyarham sambil membacakan ayat-ayat suci al-Quran.

Sayu mengenang keperibadian personaliti yang mudah didekati itu, rata-rata ahli keluarga dan kenalan industri hadir memberikan penghormatan terakhir buat susuk yang cukup dikenali menerusi lagu Tanda Kasih itu.

Lebih 200 pelawat termasuk saudara-mara dan kenalan Allahyarham hadir ke masjid tersebut bagi mengiringi perjalanan terakhir anak seni kelahiran Pulau Pinang itu.

Turut kelihatan hadir regu duetnya Uji Rashid, pelakon Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Khadijah Ibrahim dan ramai lagi.

Terdahulu, Hail atau nama sebenarnya, Abdul Hail Amir, 76, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pukul 3.38 petang semalam akibat jangkitan kuman pada paru-paru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI