fbpx

Kerjasama bersama Arab Saudi perlu diperkukuhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menerima kunjungan hormat daripada TYT Dr. Majid Al-Kassabi

PETALING JAYA – Hubungan dan kerjasama bersama Arab Saudi perlu diperkukuhkan untuk meningkatkan perdagangan dua hala serta mengembangkan peluang pelaburan kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, itu termasuk meningkatkan kerjasama dalam sektor-sektor baharu seperti perkhidmatan, teknologi dan inovasi.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Menteri Perdagangan dan Pengerusi Pusat Daya Saing Negara, TYT Dr. Majid Al-Kassabi serta delegasi Kerajaan Arab Saudi semalam.

“Arab Saudi adalah rakan dagangan Malaysia yang paling penting di Asia Barat. Lawatan itu tepat pada masanya dalam mengekalkan momentum hubungan dua hala yang kukuh dan unik melalui kerjasama pragmatik dalam semua bidang, terutamanya dalam perdagangan dan pelaburan.

“Dalam pertemuan ini, kami bersetuju bahawa adalah penting bagi kedua-dua negara mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam meningkatkan perdagangan dua hala serta mengembangkan peluang pelaburan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Terdahulu, turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI