fbpx

Kelantan selaras kenaikan gaji penjawat awam ikut Kerajaan Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nassuruddin (tengah) menyerahkan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada ikon usahawan pada Majlis Sambutan Aidilfitri PKINK di Kota Bharu hari ini. FOTO ROSMIZAN RESDI/ KOSMO!

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan bakal menaikkan gaji penjawat awam yang berkhidmat di sektor kerajaan di negeri ini pada Disember depan selaras dengan pengumuman Kerajaan Persekutuan pada minggu lalu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, kerajaan negeri akan turut melaksanakan penyelarasan kenaikan gaji penjawat awam di negeri itu seperti yang dilakukan di peringkat pusat.

“Kita akan ikut Persekutuan (kenaikan gaji penjawat awam). Kita akan selaraskan,” katanya ringkas kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei lalu mengumumkan berita gembira bahawa penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus mulai 1 Disember depan.

Katanya, ia merupakan jumlah paling tinggi kenaikan gaji penjawat awam, namun Kerajaan Madani akan memastikan kadar tersebut akan lebih tinggi daripada itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI