fbpx

Melecur tahap empat, karier Faisal Halim mungkin dihujung tanduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAISAL (kanan) berisiko terpaksa bersara awal sekiranya keadaan fizikilnya selepas ini tidak mengizinkannya beraksi di tahap tertinggi.

KARIER bintang bola sepak Harimau Malaya, Faisal Halim mungkin ‘di hujung tanduk’ sekiranya benar fizikalnya melecur tahap keempat susulan disimbah asid oleh individu tidak dikenali pada Ahad lepas.

Ketua Unit Dermatologi, Fakulti Perubatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mohan Arumugam mengesahkan, melecur tahap keempat adalah kece­deraan yang serius dan mungkin boleh menjejaskan masa depan pemain Selangor FC itu.

Kata Mohan Arumugam, situasi itu disebabkan kecederaan melecur tahap keempat boleh me­rosakkan lapisan kulit sepenuhnya termasuk bahagian otot dan tulang tetapi individu berkenaan tidak akan merasai kesakitan.

“Melecur tahap keempat adalah kecederaan yang serius sebab melibatkan kerosakan kulit sepenuhnya (epidermis dan dermis) termasuk lapisan-lapisan otot, tendon serta tulang.

“Kes melecur tahap tiga dan ke atas, pesakit tidak akan me­rasai kesakitan kerana ia sudah melibatkan kerosakan saraf.

“Kebiasaannya bila mula-mula terkena simbahan asid, sudah tentu akan sakit, tetapi apabila sudah di peringkat parah selepas saraf rosak, kemungkinan pesa­kit tidak rasa sakit.

“(Mengenai karier bola sepak Faisal akan terjejas) saya rasa ada kemungkinan, tetapi perlu dapat pencerahan lengkap daripada doktor yang merawatnya melainkan disahkan tahap ke­empat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sementara itu, Mohan Arumugam mendedahkan Malaysia juga memiliki kepakaran untuk merawat kes melecur akibat simbahan asid dan tidak perlu mendapat rawatan di luar negara.

“Saya tidak dapat jawab secara spesifik kerana tidak tahu laporan rasmi, namun kita memang ada kepakaran untuk merawat kes melecur atau kebakaran.

“Jika tahap empat, biasanya luka akan berparut dan tempoh berapa lama rawatan yang wajar diterima bergantung kepada ­tahap kecederaan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI