fbpx

El Nino: 40,000 tan metrik hasil padi ‘hilang’ di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman (kanan) mengendalikan jentera menuai padi semasa menyempurnakan Majlis Penuaian Padi Smart SBB di Bendang Gong Chengal, Pasir Puteh hari ini. FOTO TOREK SULONG.

PASIR PUTEH – Kemarau panjang dan cuaca panas yang melanda ketika ini menyebabkan Kelantan kehilangan hasil padi sebanyak 40,000 tan metrik sekali gus menjejaskan pendapatan petani dan pengeluaran beras negara.

Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Padi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Azman Mahmood berkata, hasil tuaian kebiasaannya mencecah 90,000 metrik tan berbanding musim ini hanya 50,000 metrik tan.

Menurutnya, keadaan itu mengakibatkan para petani memerlukan jadual penanaman baharu berasaskan iklim semasa termasuk mengkaji keperluan dan urus tadbir dalam berdepan perubahan cuaca.

“Kelantan merupakan penyumbang kedua pengeluaran beras negara selepas Kedah yang juga mengusahakan 80,000 hektar tanaman padi di bawah Program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) selain penanaman di luar jelapang.

“Sehubungan itu, pelbagai langkah akan diambil bagi memastikan kebajikan petani terbela dan pengeluaran hasil padi dapat distabilkan semula,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penuaian Padi Smart SBB di Bendang Gong Chengal, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azman memberitahu, pesawah akan menerima bantuan kerajaan sebanyak RM846 bagi keluasan tiga hektar pertama sekiranya padi berusia 71 hari musnah disebabkan kemarau menerusi Tabung Bencana Padi.

Menurutnya, petani yang mengalami kerosakan tanaman melebihi 71 hari ke atas akan menerima bantuan sebanyak RM1,800 bagi tiga hektar pertama di bawah tabung yang sama.

“Kerajaan akan memperkenal skim takaful tanaman padi yang akan diuruskan oleh AgroBank dengan kos pampasan yang lebih tinggi dan pantas bagi meringgankan bebanan kerugian pesawah pada masa akan datang,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Azman berkata, kerajaan turut bercadang memperkenalkan 12 varieti padi jangka pendek yang boleh dituai selepas 80 hari penanaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI