KOTA BHARU – Dua rakyat Malaysia cedera ringan dalam insiden letupan bom melibatkan motosikal di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah Mueang, Wilayah Narathiwat, Thailand malam tadi.
Kejadian kira-kira pukul 9.35 malam waktu Thailand itu turut mengakibatkan enam lagi individu mengalami kecederaan.
Kesemua mangsa yang terlibat dalam kejadian itu berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an.
Sementara itu, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
Katanya, kedua-dua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.
“Mereka yang terlibat berasal dari Kelantan,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE