fbpx

Beri rasuah RM3,000 elak tindakan Akta Kastam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Hizuwan (belakang kanan) dan Amir Shauki (kiri) ketika diiringi pegawai SPRM ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.

SHAH ALAM – Dua penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan rasuah sebanyak RM3,000 bagi membantu seorang lelaki warga Indonesia daripada dikenakan tindakan dibawah Akta Kastam, dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Hizuwan Azman, 34, dan Amir Shauki Ismail, 32, membuat pengakuan tersebut selepas dua pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Kedua-dua mereka didakwa secara bersama meminta dan menerima suapan RM3,000 daripada seorang lelaki warga Indonesia secara pindahan wang sebagai dorongan membantu agar tidak dikenakan dibawa Akta Kastam 1967.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah kedai runcit di Rawang dan cawangan bank di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dekat sini pada 24 Jun 2022.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwan Nazari manakala kedua-dua tertuduh diwakili Peguam Mohd. Baharuddin Ahmad Kassim.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM7,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin serta syarat tambahan melaporkan diri di Pejabat SPRM setiap awal bulan selain menyerahkan pasport kepada mahkamah dan dilarang berhubung dengan mana-mana saksi pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan 13 Jun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI