fbpx

Bekas kakitangan institusi pendidikan direman terima suapan RM7,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK disyaki menerima suapan sebagai balasan membantu mempercepatkan proses bayaran kerja kepada pihak kontraktor. Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

MELAKA – Seorang bekas pembantu operasi sebuah institusi pendidikan di negeri ini direman lima hari bermula hari ini kerana disyaki menerima suapan berjumlah RM7,500 daripada beberapa kontraktor penyelenggaran, dua tahun lalu.

Perintah reman sehingga 11 Mei depan itu dikeluarkan Majistret Khairunnisak Hassni terhadap suspek yang berusia 41 tahun.

Terdahulu, suspek tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini kira-kira pukul 9.15 pagi tadi dengan memakai pakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga.

Lelaki itu ditahan kira-kira pukul 2 petang semalam selepas hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan.

Menurut sumber, suspek yang kini telah berpindah tempat bertugas disyaki menerima suapan bagi membantu mempercepatkan proses bayaran kerja yang dilakukan kontraktor-kontraktor berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI