fbpx

AmBank, CGC umum tranche tambahan RM400 juta untuk PKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Urusan Perbankan Runcit Ambank, Aaron Loo (duduk, kiri) menandatangani perjanjian bersama Ketua Pegawai Perniagaan CGC, Sean Tan di Kuala Lumpur, hari ini.

PETALING JAYA – AmBank mengumumkan pembiayaan tambahan sebanyak RM400 juta dengan jaminan daripada Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) di bawah Skim Jaminan Portfolio PKS (perusahaan kecil dan sederhana).

Sejak skim berkenaan dilancarkan pada Januari 2015, hampir RM5 bilion telah diperuntukkan untuk memanfaatkan lebih 6,000 PKS.

Dengan tranche baharu itu, AmBank akan terus menyediakan pembiayaan sehingga RM1 juta sebagai modal kerja kepada golongan tersebut.

Tranche baharu itu turut menawarkan produk Pinjaman Berjangka (PayG) Pay-As-You-Grow AmBank untuk pembiayaan berjumlah RM20,000 sehingga RM500,000.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan AmBank, Jamie Ling berkata, PKS bukan sahaja segmen pelanggan yang penting, malah mereka merangkumi tulang belakang ekonomi Malaysia.

“Kami komited untuk menyokong ekosistem PKS, merebut peluang untuk memanfaatkan potensi pasaran segmen sambil menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI