fbpx

Aktiviti riadah sekolah Terengganu perlu di kawasan berbumbung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian murid yang melakukan aktiviti riadah di dalam dewan di SK Pusat Chabang Tiga, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengarahkan semua aktiviti riadah terutama bagi subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan diadakan di kawasan tertutup atau berbumbung di setiap sekolah di negeri ini sepanjang musim panas ini.

Pengarah Pendidikan Terengganu, Jelani Sulong berkata, pelaksanaan aktiviti riadah di kawasan tertutup itu demi keselesaan dan keselamatan murid dan pelajar.

“Kita mahu mengurangkan risiko impak cuaca panas terhadap murid dan pelajar namun pada masa sama memastikan silibus pembelajaran berjalan lancar mengikut jadual.

“Saya percaya tiada masalah untuk mengadakan aktiviti riadah di kawasan tertutup dan berbumbung kerana semua sekolah di negeri ini memiliki dewan masing-masing,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! 4 Mei lalu melaporkan murid dan pelajar di Terengganu dibenarkan memakai baju T ke sekolah ekoran cuaca panas mencecah 40 darjah Celcius melanda beberapa daerah di negeri ini sejak minggu lalu.

Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca panas disebabkan fenomena El Nino yang melanda beberapa negeri termasuk Terengganu dijangka boleh berlarutan sehingga bulan Julai depan.

Jelani berkata, aktiviti riadah bagi murid dan pelajar sekolah di negeri ini juga perlu dilakukan antara pukul 8 pagi hingga 10 pagi sahaja.

Sementara itu, tinjauan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Chabang Tiga di sini semalam mendapati aktiviti riadah murid sekolah itu yang dilaksanakan di dewan tertutup berjalan lancar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI