fbpx

Sha’Carri Richardson akan ‘meletup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICHARDSON dijangka menyinar di laman sendiri mengubati kekecewaannya dalam dua perlumbaan di China. - AFP

EUGENE – Ratu pecut Amerika Syarikat (AS), Sha’Carri Richardson akan menjadi tumpuan dalam acara 100 meter (m) bagi acara Liga Berlian Prefontaine Classic yang akan di Hayward Field, Eugene, AS pada 25 Mei ini.

Juara bertahan itu bakal berdepan dengan juara dunia dalam acara 60m iaitu bintang St. Lucia, Julien Alfred dan Marie-Josee Ta Lou-Smith dari Ivory Coast

Richardson masih mencari kemenangan pertamanya dalam kempen Liga Berlian tahun ini selepas menduduki tempat kedua 200m pada aksi pembuka tirai di Xiamen dan tempat ketiga di Suzhou tujuh hari kemudian.

Bekas raja pecut AS, Justin Gatlin menjelaskan, beliau tidak bimbang tentang permulaan yang kurang baik dipamerkan Richardson musim ini setelah dua perlumbaan mengecewakan di bumi China itu.

“Saya tidak terlalu bimbang sekarang kerana adalah (acara) 200m, tetapi kita tahu perlumbaan utamanya adalah 100m.

“Kami berdua dilatih oleh jurulatih yang sama dan biasanya sebagai pelari kami ingin membuka musim dengan kejohanan utama,” katanya.

Sementara itu, juara Prefontaine tahun lalu, Christian Coleman berharap mempertahankan gelarannya dalam acara 100m biarpun bakal berhadapan cabaran dari raja pecut Kenya, Ferdinand Omanyala dan Ackeem Blake dari Jamaica.

Bagi acara 200m lelaki, naib juara Kejohanan Olahraga Dunia 2023, Erriyon Knighton akan berhadapan dengan pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Kenny Bednarek dan Letsile Tebogo dari Botswana. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI