fbpx

Setiap kali hujan lebat, lorong motosikal mesti banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIHAK berkuasa perlu memastikan laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan selamat digunakan pada bila-bila masa termasuk ketika hujan lebat. – GAMBAR HIASAN

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK kebelakangan ini, Selangor kerap mengalami hujan lebat pada waktu petang.

Setiap kali hujan lebat, pastinya beberapa kawasan di lorong motosikal di Lebuh Raya Persekutuan di antara Petaling Jaya sehingga Shah Alam dinaiki air.

Akibatnya, penunggang motosikal terpaksa melencong masuk ke lebuh raya yang padat dengan pelbagai kenderaan pada waktu puncak.

Sebagai penunggang motosikal, situasi ini ternyata mendatangkan bahaya kepada nyawa penunggang motosikal yang terpaksa mencelah-celah antara kereta dan kenderaan berat.

Masalah laluan motosikal dinaiki air bukan perkara baharu, sebaliknya ia sudah berlaku sejak bertahun-tahun lamanya.

Bagaimanapun, peliknya masalah tersebut masih berlaku seolah-olah tiada kerja naik taraf di laluan motosikal bagi mengelakkan lorong tersebut dinaiki air ketika hujan lebat.

Mohon pihak berwajib mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah yang nampaknya masih berlarutan sehingga kini demi keselamatan penunggang motosikal.

Kami juga pembayar cukai jalan dan berhak mendapat laluan yang selesa serta selamat untuk dilalui pada bila-bila masa.

Mat Moto
Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN