fbpx

Program Solar BOLEH! bantu rakyat guna tenaga solar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah (dua kiri) ketika merasmikan Inisiatif Solar @ Petra di Aeon Mall Shah Alam. -Foto SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Kerajaan memperkenalkan program Solar BOLEH! dalam menggalakkan lebih ramai rakyat negara ini menggunakan tenaga solar di kediaman mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, penggunaan tenaga ini dahulunya digunakan oleh rakyat yang berkemampuan disebabkan kos pemasangan panel solar adalah mahal.

Katanya, bagi mencapai usaha tersebut kerajaan menjalinkan kerjasama dengan AEON Group, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan SOLS Energy Sdn. Bhd. (SOLS Energy).

“Rakyat boleh memohon pemasangan sistem solar di mana-mana cawangan AEON di seluruh negara.

“Manakala kerjasama dengan BSN pula adalah bank ini akan memberikan kemudahan pembiayaan pemasangan sistem solar kepada penjawat awam, dengan penjawat awam boleh memotong gaji mereka memasang panel solar,” katanya ketika berucap ketika merasmikan Inisiatif Solar@PETRA dan Program Solar BOLEH! di AEON Shah Alam, di sini hari ini.

Fadillah yang merupakan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menjelaskan, SOLS Energy pula akan memberikan kemudahan langganan solar, iaitu kaedah pembiayaan solar berasaskan model sifar modal (zero capex).

Beliau menegaskan, tiada peruntukan yang dikeluarkan kerajaan bagi program Solar BOLEH!, sebaliknya kerajaan menyokong program ini melalui dasar yang diperkenalkannya sebelum ini. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI