fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada arahan kepada jentera PH guna gambar Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sze Han.

HULU SELANGOR – Pakatan Harapan (PH) menegaskan tiada arahan dikeluarkan kepada jentera parti itu untuk menggunakan gambar Yang di-Pertuan Agong dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Pengarah Kempen PH, Ng Sze Han berkata, perbuatan tersebut adalah tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku terutama dalam kempen pilihan raya.

“PH tidak pernah membenarkan tindakan itu dilakukan oleh mana-mana petugas kempen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan dua lelaki warga emas ditahan polis selepas menerima laporan terdapat penggunaan gambar Seri Paduka Baginda pada sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kawasan pilihan raya.

Sehubungan itu, sorang warga emas, P. Ramasamy dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini selepas membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong serta sepanduk PH pada sebuah kenderaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI