fbpx

Perak harap pembinaan loji air dapat disegerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAARANI (tiga dari kiri) bergambar dengan kakitangan awam semasa Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2024 warga Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.

IPOH – Perak menyambut baik kenyataan Perdana Menteri tentang pembekalan air dari negeri itu ke Pulau Pinang sekali gus melihat usaha pembinaan prasarana air di utara Perak dapat disegerakan.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, negeri itu sememangnya telah lama merancang untuk membangunkan infrastrktur saliran air dari Sungai Perak ke kawasan Kerian yang bersempadan dengan Pulau Pinang.

Katanya tujuan sebenar adalah untuk pengairan bagi membantu petani di Kerian yang sering berdepan musim kering.

Namun katanya, apabila Pulau Pinang menyatakan kesanggupan membeli air terawat, maka Perak sendiri telah memohon peruntukan kepada kerajaan Pusat untuk membina loji rawatan air (LRA).

“Bila nak buat air terawat, bermakna kita kena ada LRA. Sebab itu kita kita mohon peruntukan daripada kerajaan Persekutuan supaya mereka beri peruntukan kepada kita untuk bina LRA. Maka air terawat itulah yang kita jual kepada Pulau Pinang.

“Apa yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri itu adalah langkah baik sebab kita menjangkakan mungkin lewat. Tapi dengan pengumuman itu, bermakna (pembinaan) LRA itu dapat disegerakan,” katanya kepada pemberita semasa hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2024 warga Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI