fbpx

Pengurus besar agensi kerajaan di Kelantan ditahan minta, terima rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Tiga pegawai kanan termasuk seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan di Kelantan dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Ketiga-tiga lelaki berusia 45 hingga 49 tahun itu ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes meminta dan menerima wang rasuah bagi pelbagai projek termasuk pembekalan di negeri ini.

Menurut sumber, ketiga-tiga lelaki itu dipercayai ditahan kira-kira pukul 7.30 malam tadi semasa mereka dipanggil untuk memberi keterangan di pejabat SPRM di sini.

“Mereka dipercayai terlibat dalam kes meminta dan menerima wang rasuah daripada beberapa individu atau syarikat. Jumlah rasuah itu bagaimanapun masih dalam siasatan.

“Ketiga-tiga lelaki itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, pagi esok untuk permohonan reman,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan semua suspek disiasat mengikut Seksyen 17a Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI