fbpx

Nedim, Nora Danish keluar bersama, netizen tumpang gembira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nora sempat menghabiskan masa bersama suaminya, Nedim walaupun rumah tangga mereka dikatakan dilanda badai.

PETALING JAYA – Kemelut rumah tangga tidak menghalang pelakon Nora Danish memperuntukan masa keluar bersama suami, Nedim Nazri.

Momen tersebut dikongsikan Nedim atau nama sebenarnya Mohamad Nedim Nazri, 41, yang sanggup menunda perjalanannya ke Perak atas urusan kerja demi anak mereka, Mohamed Neqayl kurang sihat pada hari tersebut.

“Sepatutnya saya perlu bergerak awal untuk menghadiri mesyuarat di Perak tetapi saya diberitahu anak saya tidak sihat,” katanya dalam perkongsian Instagram.

Menerusi hantaran sama, Nedim turut memuat naik foto bersama insan kesayangannya ketika mereka menjamu selera di sebuah restoran.

Kelihatan putera mereka yang baharu berusia enam tahun itu lebih ceria dapat bertemu si bapa.

Pada masa sama, dia tidak ketinggalan menzahirkan terima kasih terhadap Nora atas kesudian meluangkan masa untuk bersama dengannya.

“Lihat keadaan dia apabila nampak daddy muncul. Sayang awak Ney, terima kasih Mommy (Nora),” ujarnya.

Menerusi ruangan komen, ramai berharap rumah tangga pasangan terbabit dapat kembali harmoni seperti dulu.

“Semoga Allah kurniakan kebahagiaan suami isteri buat pasangan ini,” tulis netizen.

Sebelum ini pelakon sitkom Puteri itu mendedahkan perkahwinannya dengan Nedim bergolak dan perceraian adalah jalan terakhir.

Mereka juga tidak lagi tinggal sebumbung kerana kebetulan kediaman sedia ada masih dalam proses pengubahsuaian.

Begitupun Nedim menegaskan rumah tangga mereka masih dalam keadaan baik, bahkan memaklumkan situasi yang berlaku hanya ‘gaduh-gaduh manja’.

Nora pula selepas itu dilihat memuat naik petikan dalam Instagram Story mengenai tindakan mendiamkan diri lebih baik daripada terus memperdebatkan sesuatu perkara.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl, 6. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI