BAGI memaksimumkan ketenangan hidup seharian, penyanyi Selena Gomez memilih untuk mengehadkan komen pada setiap hantaran Instagramnya.
Kata pelantun lagu Come & Get It itu, tindakan sedemikian penting buat dirinya yang mudah terganggu dengan sebarang komen negatif netizen.
“Saya membuka ruangan komen setiap foto pada foto Instagram hanya untuk pengikut akaun sahaja.
“Keputusan itu sekali gus mencipta garis sempadan dan membantu mengurangkan kegelisahan dan kebimbangan melampau (anxiety) setiap kali membaca komen.
“Paling saya stres apabila terdapat segelintir pihak yang suka membesar-besarkan isu kecil sehingga menjadi kecoh,” ujar Gomez.
Meskipun tindakan tersebut mendapat kritikan ramai, Gomez berasakan dia mempunyai kuasa untuk melakukan hal sedemikian dalam platform media sosialnya.