fbpx

Lelaki bayar ikut harga ‘tekak’ lepas makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu memberikan wang tunai berjumlah lima ribu rupiah (RM1.47) selepas menjamu selera di sebuah kedai makan. - TIKTOK @gugunrafiudin

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan perbuatan seorang lelaki yang membayar mengikut selera sendiri selepas menjamu selera di sebuah kedai makan, lapor akhbar Tribunnews semalam.

Menerusi rakaman itu, lelaki tersebut dilihat memberikan wang tunai berjumlah lima ribu rupiah (RM1.47) kepada pekerja kedai makanan berkenaan. 

Pekerja itu kemudian menegurnya bahawa bayaran yang diberikan tidak mencukupi. 

Namun, lelaki tersebut tidak menghiraukan pertanyaannya dan segera meninggalkan kedai itu seolah-olah tidak mempunyai rasa malu. 

Rakaman yang dimuat naik di TikTok oleh pemilik kedai makan @gugunrafiudin, meraih sebanyak 3.2 juta tontonan.

Rata-rata netizen meninggalkan komen buruk terhadap pelanggan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI