fbpx

Ketua Pengarang portal lapor kasino di Forest City dipanggil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin Husain

PETALING JAYA – Polis mengambil keterangan Ketua Pengarang sebuah portal berbahasa Inggeris bagi membantu siasatan berhubung penerbitan artikel mengenai kasino di Forest City, pagi ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, proses merakam keterangan yang sepatutnya berlangsung kira-kira pukul 11 pagi ini diawalkan pada pukul 8.30 pagi tadi.

“Proses berkenaan masih berlangsung dan dilakukan di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman,” katanya di sini.

Jumaat lalu, Razarudin memaklumkan siasatan itu dilakukan selepas satu laporan polis dibuat oleh peguam ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan berhubung artikel berunsur fitnah bertajuk Malaysia Mulls Casino at Forest City : Bloomberg.

Jelas beliau, laporan itu dibuat selepas artikel tersebut didakwa mengandungi pernyataan yang palsu, tidak benar, tidak beralasan dan tidak disahkan.

Justeru itu, siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Tambah Razarudin, pihak USJT juga telah melakukan janji temu merakam percakapan Vincent Tan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay berhubung perkara ini.

Terdahulu, beberapa pihak menggesa kerajaan menyaman dua agensi media asing berhubung laporan penerbitan artikel berniat jahat mengenai kasino di Forest City.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI