PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim, meminta agar Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk bekerja sebagai satu pasukan dalam membawa perubahan seiring dimainkan oleh Kerajaan Madani.
Perdana Menteri berkata, JIM juga perlu menghentikan segala amalan yang tidak wajar yang boleh mencalarkan imej jabatan itu.
“Kelemahan ini di semua (jabatan), di Jemaah Menteri, saya selalu tegur Menteri-menteri, bahawa harapan menggunung (rakyat) kerana kerajaan ini kerajaan pembaharuan, kerajaan Madani yang harus ada anjakan, tidak boleh kekal seperti dahulu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Madani JIM 2024 di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE