fbpx

Isu Vaksin: Representasi penulis blog ‘Sang Kelembai’ ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Zarin (tengah) bersama peguamnya ketika hadir di Mahkamah Sesyen hari ini.

KUALA LUMPUR – Representasi penulis blog ‘Sang Kelembai’, Datuk Abd. Zarin Mohd. Yasin berhubung pertuduhan hantaran jelik urusan pembelian vaksin dalam laman Facebook miliknya ditolak.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal pada sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Siti Aminah Ghazali di sini hari ini.

“Representasi telah ditolak dan pihak kami telah memaklumkan perkara itu kepada pihak pembelaan menerusi emel,” kata Nurilya Ellyna.

Mendengar perkara itu, peguam Datuk Abu Bakar Isa Ramat yang mewakili Abd. Zarin turut mengesahkan status representasi pertama itu.

“Pihak kami akan memfailkan representasi kedua kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat dan kami juga memohon mahkamah menetapkan satu tarikh sebutan dan tarikh perbicaraan sekiranya representasi kedua ditolak” kata peguam itu.

Selepas mendengar makluman kedua-dua belah pihak, Hakim Siti Aminah menetapkan 4 Julai ini bagi status representasi kedua tersebut selain 12 Ogos ini bagi tarikh perbicaraan.

Pada Januari lalu, Abd. Zarin, 72, selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain menerusi aplikasi Facebook menggunakan nama `Zaharin Mohamad Yasin’ pukul 2.03 pagi pada 21 Disember 2020.

Hantaran itu kemudian telah dibaca di Kementerian Kesihatan, Putrajaya pada 3 petang, 22 Disember 2020.

Justeru pertuduhan terhadap OKS dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas sabitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI