fbpx

Israel pindahkan 100,000 orang dari timur Rafah  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANAK-KANAK melihat kemusnahan yang berlaku di Rafah hari ini. – AFP 

TEL AVIV – Tentera Israel menyakan hari ini bahawa pihaknya sedang memindahkan kira-kira 100,000 penduduk Palestin dari timur Rafah menjelang serangan darat ke atas bandar berhampiran sempadan Mesir tersebut.

“Anggarannya sekitar 100,000 penduduk,” kata seorang jurucakap tentera kepada pemberita ketika ditanya jumlah orang yang dipindahkan.

Kira-kira 1.2 juta orang kini berlindung di Rafah, demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia dengan kebanyakan mereka melarikan diri dari tempat-tempat lain di Gaza sepanjang perang  tujuh bulan antara Israel dan kumpulan Hamas.

“Pemindahan ini sebahagian daripada rancangan kami untuk membubarkan Hamas,” tambah jurucakap sama.

Semalam seramai tiga askar Israel terbunuh dan 12 lagi cedera, kata pihak tentera selepas  bedilan roket dilancarkan ke arah lintasan sempadan Kerem Shalom di antara Israel dan Semenanjung Gaza.

Tentera Israel menyatakan, berpuluh-puluh bedilan roket itu berasal dari kawasan berhampiran Rafah. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI